Thursday, February 16, 2012

semangat baru ..

Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…


Kerana Allah teramat mencintainya…
Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya
Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita


Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…
Mengapa masih ragu-ragu?
Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…
Hari ini lebih baik dari hari esok seandainya engkau mengerti hari ini tiada lagi hari esok



#saya mendedikasikan puisi di atas ini hanya sebagai satu semangat dan kekuatan untuk diri saya .. dan saya harap apa yg saya cuba lakukan sekarang akan diterima Allah .. saya rela dan ikhlas melepaskan penderitaan yg saya hadapi selama ini agar akan muncul sebuah pelangi terindah dalam hidup saya pada masa hadapan .. biarlah saya menangis sekarang agar tidak banyak lagi penyesalan yg akan saya lakukan pada masa depan ..dan saya akan sentiasa berdoa agar saya dapat menjadi yg lebih baik dari semalam .. saya sayang akan cinta yg Allah kurniakan pada saya selama ini ..dan jika di izinkan biarlah saya menjaga cinta ini sebaiknya ..

No comments:

Post a Comment